TANGGAL 31 OGOS 1957 negara kita Merdeka. Oleh kerana kita sekarang berada di bulan kemerdekaan yakni Ogos Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua info tentang salah seorang tokoh yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kita. Orang yang Mat Kecoh maksudkan ialah Leftenan Adnan atau Leftenan Adnan Saidi.
Adnan bin Saidi (Jawi: آدنان بن سيدي; 1919 - 14 Februari 1942) adalah seorang askar Malaya dari Briged Infanteri Pertama yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Dia dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira untuk tindakannya di Pertempuran Bukit Chandu untuk Pasir Panjang. Nama beliau juga merupakan nama untuk Kenderaan Pertempuran Infantri Malaysia (MIFV). Kehidupan Peribadi Adnan dilahirkan di Sungai Ramal berhampiran Kajang, Selangor, seorang muslim keturunan Minangkabau. Dia adalah anak sulung di seluruh keluarganya. Saudaranya, Ahmad Saidi dan Amarullah Saidi, juga askar. Ahmad terbunuh dalam tindakan selepas kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh orang Jepun dalam perjalanan ke Australia. Amarullah selamat dari perang dan kini tinggal di Kajang, Selangor. Adnan telah berkahwin dengan Sophia Pakir, seorang guru agama Islam. Dia meninggal dunia pada tahun 1949. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, yang meninggal dunia tidak lama selepas kelahiran, dan dua anak lelaki: Mokhtar Adnan, yang kini tinggal di Seremban, dan Zainudin Adnan, yang tinggal di negeri Johor.
0 Comments
FILEM XXRAY satu masa dulu telah mendapat tempat dikalangan peminat tempatan kerana jarang sekali filem Melayu mahu mengenengahkan filem yang bergenre sains fiksyen ini. Kejayaan XXRay I dan XXRay II satu masa dahulu sudah tentu menjadi indikasi bahawa kesinambungan filem ini perlu diteruskan.
Setelah bertahun lama, kini akhirnya XXRAY sekali lagi menemui kita meneruskan kesinambungan XXRay I dan XX Ray II yang ternyata mendapat sambutan hangat ketika itu. Mungkinkah XXRAY III mampu mengembalikan zaman kegemilanganya tak lama dahulu? Kita tunggu dan lihat sahaja. Filem arahan Aziz M Osman yang sebelum ini belum pernah mengecewakan penontonya, Jadi adakah buah tanganya kali ini membuahkan hasil sepertimana karya-karya beliau yang terdahulu. Mungkinkah ianya lebih hebat daripada dahulu semua jawapan hanya korang akan peroleh setelah menonton filem ini, jadi jangan lupa jadi penonton filem XXRAYIII di panggung wayang berdekatan dengan korang.
FILEM terus menjadi pilihan Mat Kecoh untuk dikongsi dengan korang semua hari ini. Kali ini filem Kapsul pula dipilih Mat Kecoh untuk dijadikan artikel blog Mat Kecoh pada hari ini. Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem sains fiksyen.
Faizal Hussein selaku watak utama filem ini mungkin mengingatkan kembali sewaktu era kegemilangan Faizal Hussein yang pernah berlakon dalam filem sains fiksyen sebelum ini. Untuk rekod filem Faizal Hussein sebelum ini ialah XX Ray I dan XX Ray II yang diarahkan Aziz M. Osman. Sebut kata Aziz M. Osman sememangnya Mat Kecoh merindui karya-karyanya yang luar biasa, Mat Kecoh abang Aziz M. Osman dapat membuat come back di dalam industri filem tempatan. Lupakan perkara yang lama marilah sama-sama kita berusaha untuk menghasilkan filem-filem daripada genre sains fiksyen. Sebelum Mat Kecoh jadi lebih mengarut adalah lebih baik kita balik kepada artikel blog ini. Bagi mereka yang ingin mendapatkan informasi tentang sipnopsis filem ini jangan lupa ya baca di bawah ini: HARI ini MAT KECOH ingin berkongsi sebuah filem arahan Mamat Khalid yang berjudul "Zombi Kilang Biskut". Filem ini telah ditayangkan di pawagam semalam. Menariknya filem ini telah diterbitkan oleh syarikat Mamat Khalid sendiri iaitu Enjit-Enjit Semut Sdn. Bhd. Filem ini dijangka akan membuatkan penonton tak kering gesi melihat elemen-elemen komedi yang diterapkan oleh Mamat Khalid. Namun, belum dapat dipastikan bahawa adakah filem ini akan menjadi filem komedi 'pecah panggung'. SIPNOPSIS FILEM ZOMBI KILANG BISKUT MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana masa memang amat mencemburui Mat Kecoh, sudah berkali-kali Mat Kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi tak dapat, Alhamdullilah hari ini Mat Kecoh telah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi Mat Kecoh tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana masa memang amat mencemburui Mat Kecoh, sudah berkali-kali Mat Kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi tak dapat, Alhamdullilah hari ini Mat Kecoh telah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi Mat Kecoh tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini. Pada kali ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan semua pembaca setia blog ini berkenaan satu filem yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ini. Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah filem Adik Manja Return. Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill. Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya. Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut. Pelakon-Pelakon Adik Manja Return Antara barisan pelakon yang menjayakan filem adik manja returns ialah Dharma Harun, Rozita Che Wan, Noorfezah, Juliana Evans, Jihan Raja Lawak, Fida dan ramai lagi. Saksikan adik manja returns yang bakal ditayangkan di pawagam pada 20 Disember 2012. Mat Kecoh difahamkan ada sebuah filem baru yang sedang menghangatkan keadaan pawagam-pawagam tanah air. Filem tersebut dijangka meletup, filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah filem Aji Noh Motor. Adalah difahamkan filem ini adalah sebuah filem di dalam kategori Komedi Islamik. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini adalah Alex Yan, Zalif Sidek, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Azrul Anwar, Eizlan Yusof dan Nadia Mustafa. Filem ini telah menjalani proses pengambaran di Beranang, Selangor Darul Ehsan. Skripnya ditulis oleh Shahriman Wabap. FILEM yang masih baru di pawagam pada hari ini ialah filem daripada genre seram yang bertajuk "Momok jangan cari Pasal", filem ini mungkin juga boleh dikatakan seram komedi berdasarkan apa yang telah Mat Kecoh tonton sebelum ini. Filem ini sebenarnya diarahkan oleh M. Jamil. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Wan Raja, Sharifah Sheril Aida, Myza Aryqa, M. Jamil dan juga Ruminah Sidek. Sebelum kita terus melalut ke lain, adalah lebih elok Mat Kecoh mengulas sedikit berkenaan filem ini. Terlebih dahulu Mat Kecoh nak mohon maaf kat M.Jamil, namun adalah lebih baik Mat Kecoh berterus terang daripada menyembunyikan apa yang benar demi untuk menjaga hati M.Jamil. Adalah diharap M. Jamil dapat menerima ulasan Mat Kecoh ini seadanya dan anggaplah ia kritikan yang membina. LAMA juga Mat Kecoh tak mengemaskini blog ini, bukan kerana Mat Kecoh sengaja tak nak kemaskini blog ini, ye makluma sajalah banyak tugas-tugas Mat Kecoh perlu selesaikan, beberapa kali Mat Kecoh pernah mencuba untuk meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini tetapi apakan daya kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan kejayaanya. Pada artikel kali ini, Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua sebuah filem yang telah mendapat sambutan hangat di kalangan penonton baru-baru ini. Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Nongkrong. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Nongkrong adalah Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Nuremy Nadia, Mon Ryanti, Fyza Kadir, dan Liana Rafiai. HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah filem yang sedang menghangatkan pawagam tanah air, filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Jidin Sengal. Filem ini diarahkan oleh Nur Esmi Zahara Bt. Yusof dan diterbitkan oleh Outloud Studio Sdn. Bhd. Genre bagi filem ini adalah komedi. Manakala, durasi bagi filem ini ialah 90 minit. Filem ini terletak di dalam kategori Filem Cereka dan diklasifikasikan (U) atau lebih tepat lagi kalau kita katakan Untuk Tontonan Umum. Antara pelakon-pelakon yang membintangi Jidin Sengal adalah Along Cham sebagai Jidin yang merupakan Watak Utama di dalam filem ini, Angah Raja Lawak sebagai Bob Dobot yang juga merupakan pelakon utama filem ini, Jue Aziz sebagai Amy, Faezah sebagai Ella Sunti, Zack sebagai Iskandar, Azrul Zaidi sebagai Jay-Z, Ernie Chen sebagai Pengarah Ernie, Natalie sebagai Farah, Amyza Aznan sebagai Director Telemovie, dan Norman Hakim sebagai Cameo Pelakon Lelaki. ALHAMDULILLAH hari ini Mat Kecoh berkesempatan untuk mengemaskini blog Mat Kecoh. Sebenarnya beberapa hari yang lepas sudah beberapa kali Mat kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi sepertimana kata orang kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan, pada masa yang lepas Mat Kecoh tidak meluangkan masa dengan blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh. Hari ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua satu info mengenai filem Bujang Terlajak yang telah pun ditayangkan di pawagam berhampiran anda. Walaubagaimanapun Mat Kecoh tidak berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam namun oleh kerana sekarang ni ASTRO telah menyediakan perkhidmatan Astro First dapatlah juga Mat Kecoh menonton filem ini. Filem Bujang Terlajak ini diarahkan oleh Prof. Madya Abd. Razak Mohaideen yang sememangnya sudah sinonim dengan filem-filem ber'genre' komedi ini. Filem ini menampilkan tiga pelawak tanah air yang cukup terkenal iaitu Saiful Apek, Johan Raja Lawak Astro 1 dan Nabil Raja Lawak Astro 2. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|